Friday, 27 April 2012

cerita : saya sayang awak !

Image Detail

Hari itu kita gaduh
Saya main-main
Awak ingat betul-betul
Tak tahu nak buat
Macam mana lagi

Semalam kita berselisih
Saya nampak awak
Saya nak panggil
Tapi awak tak toleh
Sebab saya panggil
Awak dalam hati
Bodohnya saya

Awak tegur saya
Saya buat dunno
Tapi awak tak tahu happy nya saya
Saya dengar awak cerita
Awak kata dah jatuh cinta
Sedihnya saya

Awak keluar tengok wayang
Saya pun
Awak keluar dengan dia
Saya tengok aje

Awak call saya
Mengacau betul
Saya layankan aje
Awak cakap awak dah putus

Saya senyum sampai ke telinga
Tapi awak tak nampak
Saya cakap
Keciannya awak
Hipokritnya saya

Hari ini hari jadi saya
Tapi awak lupa
Saya sedih
Tak ape
Saya sedar saya bukan sesiapapun pada awak….

Awak minta maaf
Saya buat –buat jual mahal
Tapi lepas itu saya kata tak kisahlah
Awak belanja tengok cerita avatar
Isk….tak romantik nya
Tapi best apa !

Saya dapat bunga
Cantik betul, suka sangat
Tapi tak tahu sapa pengirimnya
Awak nampak
Awak terus balik
Aduh, awak cemburu ke?

Saya panggil awk
Tapi awak tak toleh
Saya Cuma nak bagitahu
Awak  !!! lori

Saya kejar awak
Awak terus jalan
Saya tolak awak
Awak jatuh
Saya nampak lori
Betul-betul depan saya

Kalau saya sempat saya nak bagitahu
Awak….
 SAYA SAYANG AWAK

Saya sayang awak
Kenapa susah sangat
Untuk awak sedar..


*sayangilah orang kamo sayang dan luahkan, manew tahu adew jodoh kamoo*

~ tErImA kAsIh kErAnA sUDi membAcA bLog sAyEr ! fOlloW lAh sAyEr ! ~

Thursday, 26 April 2012

info : tentang bantal disisi kita

Pernahkah anda melihat anak-anak kecil yang asyik memegang bantal kesayangan mereka ke mana saja mereka pergi? Bukan semasa untuk tidur semata-mata, malah sering dibawa-bawa kemana-mana semampu mungkin jika dibenarkan oleh ibubapa mereka. Bahkan ada yang merengek dan menangis jika tidak dapat bersama bantal kesayangan mereka.

Mungkin anda juga merupakan salah seorang dari mereka sebelum ini? Atau adakah anda ini seorang yang tidur bertemankan lebih daripada 2 biji bantal di sisi atau pun seorang yang tidur tanpa bantal lansung. Sebenarnya, rahsia anda dan bantal di sisi anda semasa tidur mempunyai pelbagai tafsiran tentang sifat dan perwatakan seseorang. Mari kita menyelongkari beberapa rahsia menarik di sebalik bantal ini dan apakah perwatakan berkait dengan :-


 

1) Memeluk Bantal


Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang keyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung kepada sifat yang egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita mereka dan mereka tidak suka berusaha lebih.


5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

Begitulah rahsia anda dan bantal di sisi anda. Keserasian anda dan bantal anda sebenarnya mungkin tidaklah menggambarkan karektor seperti yang ditulis di atas kerana mungkin juga anda hanyalah seorang yang tidak memandang berat tentang bantal. Asal ada bantal yang selesa untuk digunakan semasa tidur sudah mencukupi. Atau benarkah perwatakan yang diceritakan di atas? Anda saja yang tahu…
 
 

~ tErImA kAsIh kErAnA sUDi membAcA bLog sAyEr ! fOlloW lAh sAyEr ! ~

info : ada maksud di sebalik bibir

Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui.

Bibir segar dan kemerahan



Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri.

Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan.

Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.

Bibir yang biru (pucat) :

Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.

Bibir yang tipis :

Tipis bukan beerti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.

Bibir yang mungil :

Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.

Bibir yang tebal :

Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat.

Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak- anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen- control!

Bibir sentiasa terbuka:

Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat.

Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya- upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsangkan pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan kesisitimewaan diri.



~ tErImA kAsIh kErAnA sUDi membAcA bLog sAyEr ! fOlloW lAh sAyEr ! ~

info : 7 kesilapan semasa bersenam

saya dapat info nie n nk share sapew2 yang ingin tahu
information ini jugak bagus untuk owg2 mcm saya. sedar apa kesalahan semasa bersenam
bukan sekadar senam sahaja...




Antara 7 kesilapan semasa bersenam ialah :

*Bersenam keterlaluan

Bersenam berlebih-lebihan dan berterusan setiap hari boleh menjurus kepada kecederaan. Sebaik- baiknya selangkah satu atau dua hari dalam seminggu supaya tubuhu dapat berehat dan dipulihkan. Jika anda bersenam berat pada hari, lakukan yang lebih ringan pada hari berikutnya.

*Tidak memanaskan badan

Gerakkan regangan untuk memanaskan badan perlu setiap kali hendak memulakan senaman. Sekurang- kurangnya selama lima minit.

*Beban yang terlalu berat

Jangan terpengaruh menggunakan beban yang berat semata-mata untuk membina otot dengan lebih cepat. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, gunakan beban ringan dengan ulangan yang kerap. Berat dumb-beli seharusnya tidak melebihi satu ataupun satu setengah kilo.

*Terlalu cepat & awal.

Jika anda baru mula bersenam, mulakakn dengan gerakkn yang lembut dan efektif. Misalnya berenang atau berjalan.

*Langkah yang silap.

Bersenam dalam posisi yang salah bukan sahaja akan menyebabkan kerosakakn tubuh malah ia langsung tidak mendatangkan faedah kepada diri anda . jika anda bersenam sendiri di rumah, pastikan postur tubuh sentiasa dalam keadaan yang betul.

*Tidak minum secukupnya

Minum air sebelum melakukan senaman, sewaktu bersenam dan selepas melakukanya.

*Makan terlalu sedikit

Tambahkan tenaga dengan kabohidrat beberapa jam sebelum bersenam. Pisang atau pun sandwich adalah pipihan yang terbaik.


MORAL OF STORY BERSENAM LARH DENGAN CARA YANG BETUL !

~ tErImA kAsIh kErAnA sUDi membAcA bLog sAyEr ! fOlloW lAh sAyEr ! ~

Wednesday, 25 April 2012

berdoa bertemu jodoh



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…


Ya Allah
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…


Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…


Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…


Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…


Ya Allah
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin

insyallah 


~ tErImA kAsIh kErAnA sUDi membAcA bLog sAyEr ! fOlloW lAh sAyEr ! ~

Saya nk jadi matahari awak

Nk dengar cerita x?
Meyh meyh snie


Pertanyaan demi pertanyaan


Boy : Kalau saya jadi bunga awak nak jadi apa?

Girl : jdik matahari

Diam seketika, Boy tanya lagi..

Boy : kalau saya jadi bulan awak nak jadi apa?

Girl :  saya jadi matahari jugk larh

Tanya lagi…

Boy : kalau saya jadi burung awak nk jadi apa?

Girl: saya nk jadi matahari.

Emmmrr, lepas itu Boy mula nk marah.

Girl : saya tahu bukan jawapan itu yang awak harapkan tapi saya nak awak paham.

Boy tidak puas hati, dia tanya lagi…

Boy  : antara bunga ros dengan bunga tahi ayam mana satu awak nk pilih?

Girl : bunga tahi ayam.

Boy terdiam lepas mendengar jawapan dan memikirkan kenapa itu pilihan Girl..Selalunya, perempuan nk bunga ros

 Lalu Girl berkata

Girl :

Awak, kalau awak jadi bunga saya akan menjadi matahari yang akan sentiasa memberi awak cahaya untuk terus hidup dengan cantik kerana kasih dan cinta saya ikhlas dan tak mengharapkan balasan daripada awak

Awak, kalau awak jadi bulan. Biarlah saya jadi matahari agar awak akan terus kelihatan indah walaupon orang lupa bahawa sayalah yang membekalkan cahaya untuk awak.

Xpew biar orang lupa saya, yang penting saya rela berkorban untuk awak.

Awak, kalau awak jadi burung, biarlah saya jadi matahari.
Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Saya akan kekal setia dengan awak.

Awak, saya tahu awak mengharapkan saya memilih bunga ros sebab bunga ros ini wangi pastu cantik warna merahnya.

Tapi, bunga ros tidak tahan lama. Walaupown ia nampak cantik, ia cepat rosak. Berlainan pulak dengan bunga tahi ayam. Walaupown ia berbau busuk, ia tetap tahan lama.

Biarlah cinta kita kekal selamanya.

*setiap jawapan adew mksd tersendiri.*


~ tErImA kAsIh kErAnA sUDi membAcA bLog sAyEr ! fOlloW lAh sAyEr ! ~

hubungan pasangan mengikut urutan adik beradik

nk thu rahsia x?
hahaha
rahsia apew?
nie hah rahsia tentang hubungan pasangan mengikut urutan adik beradik
nk thu bce larh bawah nie

Kepercayaan sekadar satu panduan.

Sulung= anak pertama, bongsu=anak terakhir, yang lain semuanya tengah.

Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:


Sulung dengan sulung :
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.


Sulung - Tengah :
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.

Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.



Sulung - Bongsu :
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajaran pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah - Tengah :
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah - Bongsu :
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu - Bongsu :
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.



~ tErImA kAsIh kErAnA sUDi membAcA bLog sAyEr ! fOlloW lAh sAyEr ! ~

Tuesday, 24 April 2012

sayang, bahagia ke kita ?

Jadi apa bahagia sebenarnya? Bahagia itu bukan dari luar ke dalam, sebaliknya dari dalam ke luar. Maksudnya, harta, nama dan lain-lain perkara berbentuk kebendaan dan luaran bukan penyumbang kepada kebahagiaan seorang manusia. Bahagia itu datang dari dalam diri dan sesuatu yang maknawi sifatnya.
Untuk menangani sesuatu yang berasal atau berpunca dari dalam diri, manusia tidak boleh bergantung kepada dirinya semata-mata. Manusia harus bergantung kepada Allah, Penciptanya Yang Maha Mengetahui. Soal dalaman ialah soal hati atau roh. Itu sangat sedikit diketahui oleh manusia. Untuk mengetahui rahsia bahagia, manusia perlu kembali kepada Penciptanya (Allah).
Bahagia itu datang dari hati yang tenang. Hati yang tenang terhasil daripada sering mengingati Allah. Dalam al-Quran Allah mengingatkan hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenang. Firman Allah yang bermaksud: "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (Surah al-Ra'd 13: 28)
Dengan berzikir hati menjadi tenang dan dengan ketenangan hati itulah ter­ciptanya kebahagiaan pada diri seseorang. Itulah resipi kebahagiaan dari segi ilmiah­nya. Namun bagaimana pelaksanaannya?
Saya pernah mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang bekas mufti tentang pengaduan seorang suri rumah tentang kebengisan suaminya. Bayangkan, suaminya "kaki masjid", kuat berzikir dan memakai serban serta jubah. Namun anehnya, suami itu sangat garang dan ganas. Pantang salah sedikit, isterinya akan diherdik, ditampar malah ditendangnya.
Lalu kita tertanya-tanya, mengapa suami yang kuat berzikir itu jadi begitu? Mengapa zikir yang ditegaskan sebagai sumber ketenangan itu gagal memberikan ketenangan kepada suami yang pemarah itu?
Lalu kita bertanya, bagaimana faktor zikrullah (mengingati Allah) ini dapat dipraktikkan dalam rumah tangga agar rumah tangga itu benar-benar mendapat ketenangan dan seterusnya kebahagiaan? Apakah suami, isteri dan seluruh anggota keluarga perlu berzikir sahaja sepanjang masa? Atau mengapa setelah zikir dipraktikkan, rumah tangga masih tidak tenang-tenang juga? Di mana salahnya?
Ada sepasang suami isteri yang meng­hadapi masalah dalam rumah tangga. Isteri keletihan menguruskan anak-anak yang masih kecil manakala suaminya pula keletihan bekerja untuk menyara ekonomi keluarga. Mereka sama-sama letih. Setelah mendengar cerita bagaimana Siti Fatimah dan Sayidina Ali mendapat kekuatan daripada berzikir dengan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar, mereka pun terus mengamalkannya. Sayangnya, mereka tidak mendapat ketenangan seperti yang dialami oleh Siti Fatimah dan Sayidina Ali.
Zikir sudah sama tetapi kenapa kesan pada hati berbeza? Sekali lagi, di mana salahnya?
Zikir itu bukanlah sekadar menyebut-nyebut kalimah zikir tetapi yang lebih penting menghayatinya dengan hati dan mempraktikkannya dengan perbuatan. Oleh sebab itu, zikir itu terbahagi kepada tiga dimensi – lidah (qauli), hati (qalbi) dan perbuatan (fi'li). Inilah yang hendak dipraktikkan oleh suami isteri agar rumah tangga bahagia.
Zikir pada lidah, ramai yang sudah tahu. Yakni lidah menyebut-nyebut kalimah zikir sama ada semasa solat, selepas solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Dalam sebuah rumah tangga, perlu ada program zikir secara rasmi dan tidak rasmi agar seluruh anggota keluarga berzikir sama ada secara berjemaah ataupun individu. Seelok-eloknya setiap keluarga ada amalan-amalan zikir yang khusus dan diamalkan secara istiqamah. Pilih sahaja sama ada al-Ma'thurat, Manzil atau zikir-zikir warisan keluarga yang berasal daripada tarekat-tarekat yang muktabar. Atau ambil sahaja daripada zikir-zikir yang telah terbukti autentik daripada petikan ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.
Tidak cukup sekadar "membaca" atau "menyebut" kalimah zikir, tetapi paling utama mesti dihayati maknanya. Jika Subhanallah, ertinya Maha Suci Allah. Apa maksud Maha Suci Allah itu? Allah suci daripada segala kekurangan, kelemahan dan lain-lain sifat negatif sama ada dari segi zat, sifat, perbuatan dan nama-nama-Nya. Allah itu juga suci daripada segala sifat buruk, hodoh dan seumpamanya. Berlawanan dengan makhluk-Nya yang serba-serbi lemah, kurang dan hina.
Untuk menghayati zikir Subhanallah, seseorang mesti memahami makna dan pengertiannya. Untuk mengetahui dan memahami, seseorang mesti belajar. Setelah itu barulah erti Subhanallah itu dibawa dalam kehidupan dalam bentuk penghayatan apabila bertemu dengan pelbagai insiden dalam rumah tangga. Katakan "Subhanallah" apabila Allah disifatkan dengan sesuatu yang negatif atau apabila berlaku sesuatu yang di luar dugaan sama ada buruk atau baik, suka atau duka, untung atau rugi dalam rumah tangga kita.
Tidak cukup dihayati sahaja, tetapi praktik "Subhanallah" itu hendaklah diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Segala tindakan sama ada oleh suami atau isteri mestilah mencerminkan mereka benar-benar menyucikan Allah. Orang yang benar-benar menyucikan Allah tidak akan marah-marah, mengherdik apalagi memukul pasangannya. Adakah mereka berani berbuat demikian jika mereka merasakan yang suci, yang hebat dan kuat hanya Allah? Orang yang marah-marah, bengis dan mudah naik angin boleh dianggap tidak menyucikan Allah dalam kehidupannya sebaliknya dia "menyucikan" dirinya sendiri.
Ya, kebahagiaan itu datang daripada ketenangan. Ketenangan itu pula datang daripada zikir. Namun bukan semua zikir menghasilkan ketenangan. Zikir yang menghasilkan ketenangan hanyalah zikir yang diamalkan secara bersepadu antara lidah, hati dan anggota. Hanya zikir yang bersepadu itu yang memberi ketenangan pada hati untuk menghadapi pelbagai pancaroba dalam hidup.
Hati yang tenang akan bersyukur apa­bila menerima nikmat, sabar apabila ditimpa musibah, rela mem­beri maaf apabila dipinta, mudah meminta maaf apabila bersalah, qanaah dengan rezeki yang ada, tawakal apabila berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia.



~ tErImA kAsIh kErAnA sUDi membAcA bLog sAyEr ! fOlloW lAh sAyEr ! ~

Monday, 16 April 2012

andai lelaki tahu !

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

SEMOGA BERMANFAAT

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya

~ tErImA kAsIh kErAnA sUDi membAcA bLog sAyEr ! fOlloW lAh sAyEr ! ~

Monday, 9 April 2012

kawan sayer adew masalah "boleh tlg bg idea nk nasihatkan nyer"

assalamulaikum
sayer arinie adew nk cter
nie tentang kawan sayer
sayer baek ngn dyer
mlm tadi dyer mesej sayer
cian dyer
nges nges
dyer adew masalah ngn kawan dyer
sayer xthu nk tlg mcm ner
sayer hanya mampu bgtaw dyer "s.a.b.a.r"
sayer thu dyer da x boleh sabar ngn sikap kawan dyer
dyer mampu nges jewk
kcian kt kawan sayer 2, kawan dyer wat mcm 2
sayer thu sabar seseorang uh adew hadnyer
bkn semua boleh tahan n boleh sabar
adew masew mcm nk meletup
ape boleh wat lau kawan yg ktew rapat wat mcm 2
sayer adew soh dyer tgur kwan dyer elok2
tpi dyer xnk
dyer xnk bla tgur kawan tarik mkew
emmr
susah jugak kan masalah kawan sayer nie?
sampai bla dyer leh than
n boleh simpan dalam hati kan?
diowg akan pham kew mksd awak diamkan diri 2?
bleh kew aak simpan marah, sedih, sket ati uh dalam ati?
sampai bila?
sayer paham perasaan awak
sapew x marah lau idea kitew kna ambek ngn owg?
tol x?
pulak tu tanpa bgtaw
nk ckp larh kan bkn "a.m.b.e.k"
sapew2 marah kan?
pendengar marah x lau kna mcm nie?
marah larh kan
kawan sayer ckp lau nk sesuatu ckp, bkn ambek tnpa bgtaw
dyer boleh share idea uh, bkn cara mcm 2 wat kt dyer
pnt menaip berjam2
pkir ayat pnjg2
senang-senang jewk nk ambek kan?
sayer lak nk marah
apew perlu sayer wat untuk nasihat kawan sayer yg kna mcm tu?
cian kan kawan sayer?
nk mcm ner kawan dyer jenis mcm tu?
baek nyer dyer bg sayer

dyer boleh ckp mcm nie :
arap2 kawan dyer tu akan berubah
dyer maapkan kawan dyer tu
wlaupown kawan dyer uh wat dyer nges
dyer akan berdoa kawan dyer dibuka pintu hati
untuk berubah
kcian dyer
adew gak owg mcm nie?

last sayer cp kt dyer
maapkan dyer atas perbuatan dyer wat kt awak sedih n sket ati
mybe allah tgh menguji kekuatan iman awak
n
kesabaran awak
berdoa larh dyer dibuka pintu hati untuk berubah
moga awak dapat kawal perasaan awak  ok?
jgn sedih-sedih !!
xpew allah kan maha mengetahui

~ tErImA kAsIh kErAnA sUDi membAcA bLog sAyEr ! fOlloW lAh sAyEr ! ~

Wednesday, 4 April 2012

the millionaire first love

h.A.h.A
tbe-tbe haha lak
nk share cter korea nie
lau yg lom tgk
tgk lah
best sedih
mmg nges ha tgk cter nie
sayer sendiri nges
hahahaha

cter ape?
nampk tajuk title p.o.s.t nie
tulah cter nyer



sapew yg berlakon?
mstilah yg hnsem ngn yg comel

inilah actor dyer

Hyun Bin

Lee Yeon-hee


sayer cerita cikit lah jalan cerita nie
dalam cerita nie

hyun bin ~ kang jae kyung
n
lee yeon hee ~ choi eun whan

hyun bin ialah seorang budak yg kaya. dia juga seorg yg angkuh,
mempunyai kereta yg mewah-mewah, seorg bergaya, suka berfoya-foya g kelab.
bila umurnya sudah 18 tahun
dia perlu bersedia untk mewarisi keuntungan kekayaan datuknya
ada syarat untuk dapat mewarisi harta datuknya
dyer perlu berpindah ke sebuah sekolah baru dalam Gangwondo n graduan kt ctu.
semua akses bagi pangsapurinya, kad kreadit tidak boleh digunakan
kiranya kalau dyer gagal graduan kmungkinan dyer akan kehilangan segala-galanya
hanya memiliki 0.1 peratus harta yang diwarisi
tiada pilihan dyer terpksew pergi ke desa itu yang mempunyai sebuah bandar kecil

tidak lama slps dyer
Suaikan dengan  uma baru dia berjumpa lee yeon hee,
ada peristiwa yg bruk terjadik pada hyun bin
menyebabkan dyer lupakan semua tentang kt desa itu

hyun bin degil, tidak mahu ke skolah
kbtolan
skolah mereka adew buat satu projek
lame-lame
mereka semakin rapat antara satu sama lain
dalam cter nie lee yeon hee mempunyai penyakit yg membawa maut
kecian kan?
selepas dapat thu hyun bin membuat dyer gembira
dia juga memberitahu pegumanya untuk hentikan pewarisan harta
 dpatkan uma anak yatim utk perempuan tu

selepas dyer melihat drama di sekolah ,
ini membuat hyun bin mengingat semula insiden yg berlaku pada dirinya
dia mengingat zaman kanak-kanak yg terjadik dirumah anak yatim di Gangwondo
yg dyer telah berjnji untk kembali dalam masa sepuluh hari lagi.
dyer pergi mencari perempuan tu dan memberitahu tentang yang berlaku pad dirinya
dyer tidak tunaikan jnji dyer sbb ibubapanya telah mati dalam satu kemalangan kereta
keran itu lah dyer ingin melupakan kenangan malang itu.




nk thu penghujung cerita nie?

tgk lah cerita nie
penat den cerita panjg-pnjg


~ tErImA kAsIh kErAnA sUDi membAcA bLog sAyEr ! fOlloW lAh sAyEr ! ~